One Glove cadang penyusunan semula perniagaan sarung tangan

BeritaHarian Wed, Feb 07, 2024 09:02pm - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: One Glove Group Bhd (One Glove) mengumumkan rancangannya untuk melaksanakan penyusunan semula secara dalaman bagi perniagaan sarung tangan, termasuk pembuatan dan perdagangan semua jenis sarung tangan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata penyusunan semula itu akan membabitkan penjajaran semula perniagaan sarung tangan kumpulan dengan menumpukan semata-mata kepada kilang sarung tangan sedia ada di Kamunting, Perak.

One Glove berkata, penyusunan semula itu merangkumi pengagihan semula sumber operasi yang digunakan oleh One Glove Venture Sdn Bhd (OGVSB) kepada Onetexx Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh One Glove yang mengendalikan kilang sarung tangan di Kamunting, memandangkan OGVSB tidak akan mengendalikan perniagaan sarung tangan pada masa hadapan.

Bagaimanapun, kumpulan itu berkata ia akan mengekalkan kepentingan ekuitinya sebanyak 38 peratus dalam OGVSB.

"Kumpulan akan berhenti mengawal keseluruhan pengurusan, operasi serta pelaksanaan dan pencapaian dalam rancangan perniagaan OGVSB serta promosi perniagaan OGVSB pada masa hadapan," katanya.

One Glove berkata, cadangan penyusunan semula secara dalaman dibuat selepas lembaga pengarah menilai kedudukan kewangan One Glove dan ketersediaan sumber kewangannya untuk membiayai bahagian sumbangan ekuitinya bagi melaksanakan rancangan pembangunan OGVSB.

"Keputusan untuk menghentikan perniagaan sarung tangan kumpulan OGVSB dibuat selepas menilai kebolehlaksanaan dan ganjaran serta risiko pelan pembangunannya (dengan mengambil kira gambaran keseluruhan industri sarung tangan getah di Malaysia," tambah kumpulan itu.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
ONEGLOVE 0.240
ONEGLOVE-WA 0.085

Comments

Login to comment.