Harga saham syarikat berkaitan Taib Mahmud susut pagi ini

BeritaHarian Wed, Feb 21, 2024 01:26pm - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: Harga saham sebahagian besar syarikat berkaitan Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, susut hari ini susulan berita pemergian beliau di Kuala Lumpur, pagi ini.

Pada penutup sesi dagangan pagi ini, antara kaunter berkenaan adalah seperti Dayang Enterprise Holdings Bhd susut 2.17 peratus kepada RM2.25; Cahya Mata Sarawak Bhd susut 0.97 peratus; Ta Ann Holdings Bhd susut 0.52 peratus; dan Sarawak Plantation Bhd susut 0.44 peratus.

Namun begitu kaunter seperti Naim Holdings Bhd sebaliknya meningkat 2.89 peratus dan KKB Engineering Bhd kekal tidak berubah.

Taib dan keluarganya mempunyai kepentingan besar dalam beberapa syarikat yang terbabit dalam industri seperti simen, perladangan, perkayuan dan perkhidmatan kewangan.

Beliau dan keluarganya memegang 24.22 peratus saham dalam Dayang Enterprise; lebih 23 peratus dalam Cahya Mata Sarawak; 36.48 peratus dalam Naim Holdings; 17.9 peratus dalam KKB Engineering Bhd; 28.78 peratus dalam a Ta Ann Holdings dan 29.48 peratus dalam Sarawak Plantation.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CMSB 1.080
DAYANG 2.610
KKB 1.810
NAIM 1.110
SWKPLNT 2.150
TAANN 3.930

Comments

Login to comment.