Aeon BiG sasar jualan lebih tinggi daripada RM1 bilion tahun ini

BeritaHarian Sun, Apr 07, 2024 01:11pm - 3 weeks View Original


SEREMBAN: Aeon Big (M) Sdn Bhd (Aeon BiG), antara rangkaian pasar raya besar terkemuka di Malaysia, menyasarkan peningkatan jualan empat hingga lima peratus tahun ini berbanding lebih RM1 bilion yang diraih tahun lalu.

Pengarah Urusannya, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, berkata beliau optimis sasaran itu akan dicapai menerusi sokongan pelanggan kepada pasar raya besar itu.

"Kita juga menyasarkan untuk membuka dua lagi cawangan tahun ini, menjadikan sebanyak 24 cawangan Aeon BiG di seluruh negara.

"Pada tahun depan kita jangka sekurang-kurangnya tiga cawangan terutama di negeri yang belum ada. Namun, ia masih dalam perbincangan," katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan cawangan ke-22 pasar raya itu di sini, semalam.

Ia dirasmikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Yang hadir sama, Pengerusi Aeon Co (M) Bhd, Datuk Iskandar Sarudin.

Sheikh Farouk berkata, pembukaan Aeon BiG Palm Mall merupakan pencapaian penting memandangkan ia adalah pengembangan pertama bagi peruncit itu sejak 2020 sekali gus menandakan kejayaan untuk kembali beroperasi di Negeri Sembilan selepas terhenti selama sembilan tahun.

"Saya gembira dengan pembukaan cawangan baharu ini, yang melambangkan komitmen Aeon BiG untuk menawarkan pengalaman membeli-belah premium pada harga berpatutan dan memenuhi keperluan pelbagai pelanggan.

"Ini merupakan kawasan baharu bagi kami sejak kebelakangan ini, menekankan dedikasi kami untuk berkhidmat kepada masyarakat di seluruh Malaysia," katanya.

Beliau turut berharap cawangan baharu ini akan memberikan impak positif kepada peruncit tempatan, ekonomi Seremban dan kawasan di sekitarnya.

Bersempena dengan pembukaan besar-besaran itu, cawangan itu menawarkan tiga hari jualan istimewa untuk produk terlarisnya dari 5 hingga 7 April.

Selain itu, ahli Aeon akan menerima hadiah istimewa apabila mereka membeli-belah manakala ahli yang menggunakan Kad Visa Aeon Member Plus atau Aeon Wallet akan menerima 9x mata untuk semua transaksi.

Pelanggan juga boleh menyertai permainan interaktif untuk berpeluang memenangi hadiah menarik seperti peralatan berjenama dan kad Aeon BiG bernilai sehingga RM100 membabitkan sebanyak 50 pemenang setiap hari sehingga 11 April.

Pada majlis itu, Aeon BiG turut menyerahkan sumbangan kepada 60 keluarga yang kurang berkemampuan menerusi kad hadiah Aeon BiG, sebagai persiapan mereka untuk menyambut Aidilfitri.

Program tanggungjawab sosial korporat ini dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan amal Empire Project.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AEON 1.130

Comments

Ah Choon Wong
Like · Reply
Aeon Big Big Big ….. 哈哈哈 !
Kevin Yap
tunggu apa lagi....jom, kita beli belah @ Aeon
Like · 3 weeks · translate
Poh Chai Teoh
Aeon-C28 Go Go Go.........
Like · 3 weeks · translate

Login to comment.