LGMS terima kelulusan SC pindah ke Pasaran Utama

BeritaHarian Wed, Jan 07, 2026 09:42pm - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: LGMS Bhd mengumumkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan pemindahan penyenaraian dan sebut harga untuk keseluruhan modal saham terbitan syarikat dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

LGMS berkata dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata SC telah menerusi suratnya bertarikh 6 Januari, 2026 meluluskan pemindahan dicadangkan itu di bawah Seksyen 214(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

"SC juga mengambil maklum bahawa LGMS telah mematuhi keperluan ekuiti bumiputera untuk syarikat tersenarai awam menurut penyenaraiannya di Pasaran ACE," katanya.

LGMS, sebuah syarikat pegangan pelaburan telah disenaraikan di Pasaran ACE sejak 8 Jun 2022.

Setakat tarikh praktik terkini (LPD), ia berkata modal saham terbitan syarikat itu adalah RM66.25 juta terdiri daripada 456 juta saham.

"Berdasarkan rekod pendeposit LGMS LPD, kira-kira 27.57 peratus daripada modal saham terbitan syarikat dipegang oleh 2,216 pemegang saham awam yang memegang tidak kurang daripada 100 saham LGMS setiap satu.

"Oleh itu, LGMS telah memenuhi keperluan tebaran pegangan saham awam bagi keperluan penyenaraian," katanya.

Permodalan pasaran LGMS adalah kira-kira RM229.6 juta, berdasarkan purata harga pasaran berwajaran volum selama lima hari saham LGMS dan termasuk LPD sebanyak 50.35 sen sesaham.

Kumpulan itu mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak RM30.27 juta pada tahun kewangan berakhir 2025, kebanyakannya disumbangkan oleh peningkatan pendapatan dijana daripada perkhidmatan latihan di bawah segmen pencegahan risiko siber dan perkhidmatan pematuhan di bawah segmen pengurusan risiko serta pematuhan siber. – BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.620
LGMS 0.490

Comments

Login to comment.