KWSP tingkatkan pegangan dalam IJM kepada 20.4 peratus

BeritaHarian Sat, Feb 07, 2026 11:51am - 3 weeks View Original


IJM Corporation Bhd  - NSTP/ROHANIS SHUKRI
IJM Corporation Bhd - NSTP/ROHANIS SHUKRI

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan lagi pegangan saham dalam IJM Corporation Bhd kepada 20.4 peratus.

Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan KWSP sebagai pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan terbabit.

-Advertisement-
Skip
Ads by

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, dana persaraan pekerja swasta itu memaklumkan bahawa ia memperoleh 4.07 juta saham IJM dalam tiga transaksi pada 3 Februari, menjadikan jumlah pegangan sahamnya meningkat kepada 714.91 juta saham.

KWSP mengumpul hampir 60 juta saham IJM melalui beberapa urus niaga sejak Sunway Bhd melancarkan tawaran am sukarela untuk IJM pada 12 Januari lalu.

Jumlah itu mewakili peningkatan sebanyak 1.69 peratus berbanding pegangan awalnya sebelum siri urus niaga berkenaan iaitu sebanyak 18.7 peratus.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.830
SUNWAY 5.630

Comments

Login to comment.