Aktiviti ambil untung Bursa dibuka rendah

BeritaHarian Tue, Sep 05, 2023 10:43am - 7 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati di kalangan bursa serantau, kata peniaga.

Pada 9.32 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.47 mata kepada 1,458.25 daripada 1,462.72 pada penutup Isnin.

Indeks utama dibuka 0.14 mata lebih rendah pada paras 1,462.58.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 287 berbalas 193, manakala 344 kaunter tidak berubah, 1,475 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan 843.32 juta unit bernilai RM245.72 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pergerakan stabil akan berterusan dalam tempoh terdekat memandangkan Australia dan Malaysia dijadual mengumumkan keputusan kadar faedah masing-masing minggu ini.

Menurutnya peniaga juga akan memantau dengan teliti indeks pengurus pembelian (PMI) perkhidmatan China dan data eksport serta keluaran dalam negara kasar (KDNK) Australia yang akan dikeluarkan esok.

Sekiranya terdapat sebarang kelembapan selanjutnya dalam aktiviti ekonomi China, selera risiko dalam pasaran saham akan terus terjejas, jelasnya.

"Namun begitu, pemangkin domestik seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) mungkin mampu menyokong pasaran saham tempatan, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat," katanya menerusi nota penyelidikan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM9.16 manakala Public Bank, CIMB, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals masing-masing susut 2.0 sen untuk mencatatkan RM4.26, RM5.69, RM9.88 dan RM7.10.

Bagi saham aktif, Classita meningkat 2.0 sen kepada 9.5 sen, ATA IMS menambah 3.5 sen menjadi 34 sen manakala Hong Seng Consolidated dan Lion Industries tidak berubah, masing-masing pada 5.0 sen dan 40 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 27.40 mata kepada 10,775.47, Indeks FBMT 100 menguncup 28.76 mata menjadi 10,440.02 dan Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 30.50 mata kepada 10,947.60.

Indeks FBM 70 lemah 25.64 mata kepada 14,248.61 dan Indeks FBM ACE turun 4.38 mata kepada 5,237.80.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga mengembang 1.02 mata kepada 862.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.54 mata menjadi 173.23 dan Indeks Perladangan lemah 10.64 mata kepada 6,935.98.

Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 35.70 mata kepada 16,452.58. - Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ATAIMS 0.330
BURSA 7.460
FBMACE 5076.700
FBMEMAS 11872.260
FBMKLCI 1575.970
HONGSENG 0.015
PBBANK 4.120
TENAGA 11.960

Comments

Login to comment.