Bursa Malaysia dibuka tinggi bersama prestasi Wall Street

BeritaHarian Mon, Apr 08, 2024 11:01am - 3 weeks View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki prestasi semalaman Wall Street berikutan peniaga gembira apabila data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) kukuh yang dikeluarkan pada 5 April, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.33 mata kepada 1,555.58 daripada 1,555.25 pada Jumaat lalu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.53 mata kepada 1,556.78.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 278 berbanding 203 manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,523 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 390.78 juta unit bernilai RM147.41 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pasaran Malaysia mengekalkan daya tahannya dengan ditutup positif minggu lepas tanpa mengambil kira prestasi serantau yang lemah.

"Walaupun reaksi positif daripada Wall Street, kami percaya sentimen akan terus berhati-hati. Oleh itu, minat belian akan beralih kepada sektor tenaga sejajar dengan harga minyak mentah Brent yang kukuh, ditutup melebihi paras AS$91.00 setong.

"Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,550 hingga 1,560 hari ini," katanya kepada Bernama.

Pak Leng berkata, Wall Street meningkat semula pada minggu lalu berikutan peniaga memutuskan untuk menyokong data pekerjaan yang kukuh dan mengabaikan prospek menangguhkan penurunan kadar faedah buat masa ini.

"Justeru, Dow Jones Industrial Average (DJIA) naik 307 mata manakala Nasdaq menambah 199 mata dan hasil 10 tahun AS meningkat kepada 4.40 peratus," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 2.0 sen kepada RM9.66, Public Bank naik 1.0 sen kepada RM4.19 manakala CIMB Group merosot 1.0 sen kepada RM6.62, Tenaga Nasional susut 2.0 sen kepada RM11.50 dan Petronas Chemical berkurangan 2.0 sen kepada RM6.81.

Dalam kalangan saham aktif, SBH Marine menambah 5.0 sen kepada 27.0 sen, MMAG Holdings naik 1.0 sen kepada 19.5 sen, KNM Group dan Velesto Energy, masing-masing merosot 0.5 sen kepada 8.0 sen dan 27.5 sen dan PUC Bhd tidak berubah pada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 8.19 mata kepada 11,711.37, Indeks FBMT 100 meningkat 6.55 mata kepada 11,345.29 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 7.45 mata kepada 11,873.55.

Indeks FBM 70 naik 26.31 mata kepada 16,358.38 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 0.35 mata kepada 4,981.24.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 16.65 mata kepada 17,256.07, Indeks Perladangan menambah 15.59 mata kepada 7,475.68 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.44 mata kepada 184.62 dan Indeks Tenaga susut 5.15 mata kepada 962.35.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.580
FBMACE 5107.680
FBMEMAS 11896.090
FBMKLCI 1580.300
FBMSHA 12113.590
KNM 0.070
MMAG 0.200
MMAG-WC 0.120
PBBANK 4.100
PUC 0.055
TENAGA 12.020
VELESTO 0.260

Comments

Login to comment.