Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur ambil petunjuk di Wall Street

BeritaHarian Thu, Apr 25, 2024 11:35am - 1 week View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Khamis selepas mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman di Wall Street berikutan sentimen terjejas susulan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Beliau berkata, selain itu, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan inflasi utama AS juga akan dikeluarkan pada hari ini dan esok.

Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.81 mata lebih baik kepada 1,573.29.

Walau bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 285 berbanding 224, manakala 316 kaunter tidak berubah, 1,541 kaunter tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 574.29 juta unit bernilai RM196.19 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) menambah 43 mata, manakala Nasdaq merosot 11 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan AS meningkat kepada 4.648 peratus.

Beliau berkata, Wall Street juga mungkin terus terjejas berikutan laporan keuntungan yang kurang memberangsangkan, termasuk daripada Meta dan IBM.

Pada masa yang sama, Indeks Hang Seng Hong Kong melepasi ambang 17,000 untuk ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh lima bulan dengan keyakinan bahawa pendapatan korporat akan meningkat.

"Walaupun prestasi tidak menentu dalam pasaran saham AS, kami berpandangan dana asing mungkin terpaksa melihat semula pasaran Asia Tenggara yang menawarkan cadangan nilai yang lebih baik.

"Ketika kita memasuki musim pendapatan suku pertama, korporat Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan pendapatan 16 peratus lebih baik bagi 2024. Oleh itu, kami menjangkakan indeks itu berada dalam julat 1,565 hingga 1,580 hari ini," katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, CIMB menambah 2.0 sen kepada RM6.69; Tenaga Nasional turun 2.0 sen kepada RM11.84 manakala Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM9.80, RM4.25 dan RM6.88.

Bagi saham aktif, Berjaya Corporation naik 2.0 sen kepada 30.5 sen; KGW menokok 1.0 sen kepada 22 sen; Ekovest susut 1.0 sen kepada 45 sen; Iconic Worldwide kurang setengah sen kepada 8.5 sen dan Sapura Energy tidak berubah pada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 1.27 mata kepada 11,801.76; Indeks FBMT 100 naik 2.33 mata kepada 11,437.71; Indeks FBM 70 menambah 2.33 mata kepada 16,384.64 manakala Indeks FBM ACE merosot susut 18.30 mata kepada 5,048.51 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 4.08 mata kepada 11,970.79.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 8.18 mata kepada 17,394.24; Indeks Tenaga naik 1.90 mata kepada 975.70; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.29 mata kepada 187.51 dan Indeks Perladangan turun 4.04 mata kepada 7,429.50.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.680
EKOVEST 0.445
FBMACE 5134.550
FBMEMAS 11970.110
FBMKLCI 1589.590
ICONIC 0.105
ICONIC-WA 0.040
PBBANK 4.120
SAPNRG 0.045
TENAGA 12.320

Comments

Login to comment.