Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi serantau

BeritaHarian Thu, Sep 21, 2023 07:16pm - 7 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari keempat berturut-turut hari ini berikutan sentimen berhati-hati dalam ekonomi serantau, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.35 mata kepada 1,448.21 daripada 1,451.56 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks dibuka 1.21 mata lebih baik pada 1,452.77 dan bergerak antara 1,446.80 dan 1,453.97 sepanjang hari.

Suasana pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mendahului kaunter untung sebanyak 549 berbanding 362, manakala 487 kaunter tidak berubah, 976 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.25 bilion unit bernilai RM2.13 bilion daripada 3.56 bilion unit bernilai RM2.51 bilion pada Rabu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata indeks serantau utama turun hari ini berikutan pendirian yang cenderung menaikkan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed).

Pasaran global berpendapat hasil AS boleh melonjak lebih tinggi. Jadi, naratif telah beralih kembali kepada situasi yang paling tidak menentu untuk pasaran saham global apabila kadar faedah AS meningkat, yang memberi kesan negatif kepada pasaran Asia seperti Bursa Malaysia, katanya kepada Bernama.

Pada 5.10 petang, Nikkei 225 Jepun jatuh 1.37 peratus kepada 32,571.03, Kospi Korea Selatan turun 1.75 peratus kepada 2,514.97 dan Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.29 peratus kepada 17,655.41.

Indeks Straits Times Singapura susut 1.12 peratus kepada 3,205.53, dan Indeks Komposit SSE China menguncup 0.77 peratus kepada 3,084.70

Pada penutup dagangan, kaunter wajaran tinggi Bursa Maybank menokok empat sen kepada RM8.90, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.21 dan Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM7.31.

Sementara itu, CIMB susut tiga sen kepada RM5.59, dan TNB merosot enam sen kepada RM10.06.

Bagi saham aktif, UEM Sunrise susut tiga sen kepada 88 sen, dan Top Glove Corp turun 2.5 sen kepada 80.5 sen, manakala TWL Holdings, KNM Group dan EA Holdings masing-masing tidak berubah pada tiga sen, 12 sen dan setengah sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 28.40 mata kepada 10,726.64, Indeks FBMT 100 turun 28.54 mata kepada 10,392.01, Indeks FBM 70 susut 58.72 mata kepada 14,287.56 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 45.99 mata kepada 10,972.47.

Sementara itu, Indeks FBM ACE meningkat 10.01 mata kepada 5,214.14.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan turun 53.61 mata kepada 6,925.10, dan Indeks Tenaga susut 12.24 mata kepada 891.89, manakala Indeks Perkhidmatan Produk Perindustrian tidak berubah pada 174.41 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 9.58 mata kepada 16,227.97.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.14 bilion unit bernilai RM1.90 bilion daripada 2.49 bilion unit bernilai RM2.23 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 379.14 juta unit bernilai RM48.82 juta berbanding 395.36 juta unit bernilai RM53.57 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 690.76 juta saham bernilai RM182.43 juta daripada 662.20 juta saham bernilai RM224.11 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 300.90 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (410.63 juta); pembinaan (153.56 juta); teknologi (135.60 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (66.41 juta); hartanah (540.99 juta); perladangan (39.22 juta); REIT (3.78 juta), dana tertutup (9,000); tenaga (238.65 juta); penjagaan kesihatan (131.50 juta); telekomunikasi dan media (28.18 juta); pengangkutan dan logistik (41.36 juta) dan utiliti (46.13 juta). – Bernama

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.450
EAH 0.010
FBMACE 5092.010
FBMEMAS 11901.020
FBMKLCI 1582.660
KNM 0.070
PBBANK 4.160
TOPGLOV 0.880
TWL-WD 0.005
UEMS 1.050

Comments

Login to comment.