Bursa Malaysia kekurangan petunjuk baharu, pasaran lengang

BeritaHarian Thu, Feb 08, 2024 07:05pm - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan kekurangan petunjuk baharu di tengah-tengah pasaran lengang menjelang cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.75 mata untuk ditutup kepada 1,512.36 daripada paras penutup 1,513.11.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.08 mata kepada 1,513.19 dan bergerak antara paras 1,512.36 dan 1,521.18 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 574 berbanding 361 manakala 454 kaunter tidak berubah, 899 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.25 bilion unit bernilai RM2 bilion daripada 3.04 bilion unit bernilai RM2.08 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pelabur mengalihkan perhatian mereka kepada saham permodalan kecil berikutan penilaiannya yang menarik dan berpotensi untuk berkembang.

"Bagaimanapun, kami percaya belian saham mewah akan kembali semula berikutan sentimen yang bertambah baik di seluruh rantau dan penilaian yang memberangsangkan. Oleh itu kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,510 hingga 1,520 menuju ke hujung minggu," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB dan Petronas Chemicals meningkat tiga sen setiap satu masing-masing kepada RM6.23 dan RM6.71, Sime Darby Plantation tidak berubah pada RM4.46, Maybank susut tiga sen kepada RM9.26, Public Bank turun dua sen kepada RM4.37, Tenaga Nasional jatuh empat sen kepada RM10.78 dan IHH Healthcare berkurangan satu sen kepada RM6.13.

Dalam kalangan kaunter cergas, Widad naik 1.5 sen kepada 12.5 sen, Reneuco meningkat 2.0 sen kepada 7.0 sen, Pegasus dan Minetech tidak berubah masing-masing pada setengah sen dan 13 sen, EA Holdings turun setengah sen kepada setengah sen, Ucrest berkurangan satu sen kepada 12 sen dan YTP Power jatuh empat sen kepada RM4.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 9.95 mata kepada 11,233.93, Indeks FBMT 100 meningkat 5.28 mata kepada 10,897.48, Indeks FBM 70 menokok 51.40 mata kepada 15,169.23, Indeks FBM Emas Shariah menambah 25.72 mata kepada 11,265.83 dan Indeks FBM ACE melonjak 50.21 mata kepada 4,771.81.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah meningkat 5.68 mata kepada 905.10, Indeks Perladangan naik 30.63 mata kepada 7,197.91 dan Indeks Tenaga menokok 7.74 mata kepada 880.70.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 31.18 mata kepada 16,916.89 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.49 mata kepada 172.23.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut sedikit kepada 1.85 bilion unit bernilai RM1.77 bilion daripada 1.89 bilion unit bernilai RM1.85 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran turun kepada 676.53 juta unit bernilai RM102.92 juta daripada 681.68 juta unit bernilai RM107.78 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 695.62 juta saham bernilai RM118.56 juta daripada 466.52 juta saham bernilai RM124.55 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 257.02 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (388.03 juta); pembinaan (146.87 juta); teknologi (124.84 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (70.21 juta); hartanah (532.63 juta); perladangan (15.88 juta); REITs (18.73 juta), dana tertutup (12,000); tenaga (118.02 juta); penjagaan kesihatan (46.41 juta); telekomunikasi dan media (26.85 juta); pengangkutan dan logistik (22.58 juta); dan utiliti (86.34 juta).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.450
EAH 0.010
FBMACE 5092.010
FBMEMAS 11901.020
FBMKLCI 1582.660
FBMSHA 12084.480
IHH 6.370
PBBANK 4.180
RENEUCO 0.100
RENEUCO-WA 0.045
SIMEPLT 4.500
TENAGA 11.920
UCREST 0.105

Comments

Login to comment.