Bursa Malaysia dibuka tinggi, kenaikan pada hari kedua

BeritaHarian Fri, Mar 08, 2024 10:47am - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi pagi ini susulan sentimen positif di Wall Street Amerika Syarikat (AS) apabila para pelabur optimis dengan data senarai gaji bukan ladang yang akan diumumkan lewat hari ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.20 mata kepada 1,538.03 daripada paras penutup 1,535.83 semalam.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 0.69 mata kepada 1,536.52.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 190 berbanding 121, manakala 281 kaunter tidak berubah, 1,684 tidak diniagakan dan 29 digantung.

Malacca Securities dalam nota penyelidikannya berkata Wall Street ditutup tinggi disokong oleh industri semikonduktor dan keyakinan pelabur terhadap data pekerjaan bulan Februari.

"Di pasaran tempatan, sokongan belian dijangka dilihat dalam sektor komoditi seperti minyak dan gas, emas dan perladangan serta harga komoditi asas yang diniagakan kukuh.

"Minat mungkin juga menular ke sektor teknologi dan kami turut melihat peningkatan momentum belian dalam sektor pembinaan," kata firma penyelidikan itu.

Dalam kalangan saham wajaran tingg, CIMB meningkat lapan sen kepada RM6.60, Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM11.20, Public Bank dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM4.30 dan RM6.94 sen manakala Maybank susut satu sen kepada RM9.69.

Dalam kalangan kaunter cergas, Velesto Energy meningkat setengah sen kepada 28.5 sen, Harvest Miracle Capital, TWL Holdings dan Joe Holdings tidak berubah masing-masing pada 11.5 sen, 3.5 sen dan 24.5 sen manakala Sapura Energy turun setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.83 mata kepada 11,414.82, Indeks FBMT 100 naik 21.40 mata kepada 11,076.86, Indeks FBM Emas Shariah menokok 13.20 mata kepada 11,414.84 dan Indeks FBM 70 menambah 52.77 mata kepada 15,396.04, manakala Indeks FBM ACE berkurangan 5.22 mata kepada 4,700.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 43.82 mata kepada 17,307.66, Indeks Tenaga naik 6.42 mata kepada 903.63, manakala Indeks Perladangan berkurangan 2.72 mata kepada 7,265.09 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.20 mata kepada 174.85. – BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
FBMACE 5062.010
FBMEMAS 11826.790
FBMKLCI 1575.160
FBMSHA 11991.950
HM 0.110
PBBANK 4.210
SAPNRG 0.045
TENAGA 11.920
TWL 0.030
TWL-LA 0.020
TWL-WD 0.005
TWL-WE 0.010
VELESTO 0.265

Comments

Login to comment.