Bursa Malaysia terus merosot, aktiviti pasaran kekal lemah

BeritaHarian Wed, Dec 11, 2024 07:21pm - 1 year View Original


Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 652 berbanding 419 - Foto hiasan
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 652 berbanding 419 - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menurunnya hari ini, dipengaruhi oleh produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor penjagaan kesihatan, menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.77 mata atau 0.36 peratus kepada 1,603.20 daripada paras penutup 1,603.20 semalam.

Indeks penunjuk pasaran dibuka rendah turun 5.78 mata kepada 1,603.19 dan bergerak antara paras 1,598.93 hingga 1,605.01 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 652 berbanding 419 dengan 489 kaunter tidak berubah, 917 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan jatuh kepada 2.59 bilion unit bernilai RM2.46 bilion daripada 2.74 bilion unit bernilai RM2.64 bilion pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan, berkata aktiviti pasaran kekal lemah dengan volum dagangan kekal di bawah paras tiga bilion saham, mencerminkan sentimen pelabur yang berhati-hati.

"Bagaimanapun, sektor teknologi terus mendapat tarikan apabila keyakinan meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS yang mungkin akan berlaku pada mesyuarat minggu depan.

"Ini mendorong Indeks Teknologi Bursa Malaysia ditutup 0.50 peratus lebih tinggi, menunjukkan minatdalam sektor pertumbuhan walaupun kelemahan pasaran yang lebih meluas," katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan beliau berkata sektor perdagangan borong dan runcit Malaysia menunjukkan daya tahan dengan jumlah jualan mencecah RM150.1 bilion pada Oktober 2024, meningkat 5.5 peratus tahun ke tahun.

"Pertumbuhan adalah meluas, merentas semua subsektor dengan perdagangan runcit berkembang sebanyak 7.1 peratus, perdagangan borong meningkat sebanyak 4.8 peratus dan kenderaan bermotor meningkat sebanyak 2.7 peratus.

"Prestasi kukuh ini mencerminkan permintaan pengguna yang kukuh dan peningkatan aktiviti perniagaan yang boleh memberi kesan positif kepada harga saham dalam peruncitan, barangan pengguna dan sektor berkaitan, meningkatkan sentimen pasaran yang lebih luas dalam jangka masa terdekat," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare dan Sunway Bhd susut 28 sen, masing-masing kepada RM7.16 dan RM4.51, Petronas Chemicals jatuh 11 sen kepada RM4.98, bagaimanapun Public Bank menambah 9.0 sen kepada RM4.61 dan Tenaga Nasional menokok 8.0 sen kepada RM13.76.

Bagi kaunter aktif, Dagang NeXchange naik 4.5 sen kepada 40 sen, MYEG melonjak 0.5 sen kepada 94 sen, MBSB meningkat satu sen kepada 75 sen manakala KPJ Healthcare merosot23 sen kepada RM2.27 dan AIMFLEX turun 0.5 sen kepada 15 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 42.57 mata kepada 12,297.48, Indeks FBMT 100 merosot44.83 mata kepada 11,979.31, Indeks FBM 70 menguncup 70.79 mata kepada 18,423.01, Indeks FBM Emas Shariah turun 87.33 mata kepada 12,269.24 dan Indeks FBM ACE naik 6.44 mata kepada 5,293.25.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 50.22 mata kepada 19,152.66, Indeks Perladangan susut 83.97 mata kepada 7,641.19, Indeks Tenaga turun 0.22 mata kepada 822.29, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 3.32 mata kepada 174.0.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.51 bilion unit bernilai RM2.25 bilion daripada 1.46 bilion unit bernilai RM2.38 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 737.61 juta unit bernilai RM92.05 juta daripada 880.21 juta unit bernilai RM121.0 juta sebelum itu.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun sebanyak 341.79 juta unit bernilai RM114.04 juta berbanding 402.21 juta unit bernilai RM138.63 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 189.64 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (236.66 juta), pembinaan (108.50); teknologi (363.44 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (99.43 juta); hartanah (159.86juta), perladangan (33.50 juta), REITs (16.74 juta), dana tertutup (8,500), tenaga (94.48 juta); penjagaan kesihatan (123.73 juta); telekomunikasi dan media (18.35 juta); pengangkutan dan logistik (24.19 juta); utiliti (38.01 juta); dan amanah perniagaan (13,700).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AIMFLEX 0.080
BURSA 8.830
DNEX 0.265
FBMACE 4400.030
FBMEMAS 12527.360
FBMKLCI 1718.060
FBMSHA 12206.800
IHH 8.900
KPJ 3.210
MBSB 0.695
PBBANK 4.870
PCHEM 4.290
SUNWAY 5.630
SUNWAY-PA 5.370
TENAGA 14.200

Comments

Login to comment.