Bursa Malaysia dibuka rendah sejajar Wall Street

BeritaHarian Wed, May 03, 2023 10:53am - 11 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan Wall Street dalam tempoh semalaman apabila kebimbangan terhadap sektor perbankan Amerika Syarikat (AS) muncul kembali menjelang keputusan kadar Rizab Persekutuan AS (Fed) lewat hari ini.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.79 mata kepada 1,422.32 daripada 1,426.11 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 2.21 mata lebih rendah kepada 1,423.90.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 215 berbanding 109, manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,655 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 269.03 juta unit bernilai RM83.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Purata Perindustrian Dow Jones merosot 367 mata, manakala Nasdaq ditutup 132 mata lebih rendah walaupun hasil berjangka 10 tahun Perbendaharaan AS berakhir rendah pada 3.43 peratus.

Beliau berkata, di peringkat tempatan, FBM KLCI meningkat kembali untuk ditutup di atas paras 1,425 semalam.

"Walau bagaimanapun, kami berpandangan aktiviti pembelian akan reda hari ini menjelang cuti umum esok (Khamis), justeru kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,420 hingga 1,430.

"Sementara itu, kami yakin saham minyak dan gas akan mengalami lebih banyak cabaran hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah ekoran jangkaan satu lagi kenaikan kadar faedah, ditambah dengan permintaan lemah dari China yang menyaksikan minyak mentah Brent merosot kepada kira-kira AS$75 setong, " katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Tenaga turun dua sen kepada RM8.95, Petronas Chemicals kurang empat sen kepada RM7.16 dan Petronas Gas susut 22 sen kepada RM17.00.

Bagi saham wajaran tinggi yang lain, Maybank, Public Bank dan CelcomDigi masing-masing tidak berubah pada RM8.68, RM3.92 dan RM4.40 manakala CIMB susut dua sen kepada RM5.07 dan IHH Healthcare menguncup tujuh sen kepada RM5.77.

Antara saham aktif, Hong Seng dan Vinvest masing-masing tidak berubah pada 12.5 sen dan 20.5 sen, Destini menambah satu sen kepada 8.5 sen, Pelikan turun satu sen kepada 76 sen dan Bahvest kurang tiga sen kepada 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 26.17 mata kepada 10,428.83, Indeks FBMT 100 menguncup 25.55 mata kepada 10,115.61 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 33.29 mata kepada 10,764.51.

Indeks FBM ACE merosot 31.17 mata kepada 5,285.45 dan indeks FBM 70 kurang 28.33 mata kepada 13,528.97.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.95 mata kepada 171.49, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 6.34 mata kepada 15,596.38 dan Indeks Tenaga kurang 7.16 mata kepada 838.66.

Walau bagaimanapun, Indeks Perladangan meningkat 2.46 mata kepada 6,795.40.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 7.460
CDB 4.090
DESTINI 0.035
FBMKLCI 1544.760
IHH 6.090
PBBANK 4.140
PETGAS 18.100

Comments

Login to comment.