Bursa Malaysia ditutup tinggi jejaki kenaikan pasaran serantau

BeritaHarian Tue, Oct 21, 2025 07:58pm - 4 months View Original


Gambar fail. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD
Gambar fail. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa apabila pasaran tempatan menjejaki prestasi positif bursa serantau dan global, sehari selepas cuti umum sempena sambutan Hari Deepavali.

Pada penutupan urus niaga jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.65 mata atau 0.60 peratus kepada 1,616.83 berbanding 1,607.18 ketika ditutup pada Jumaat. Indeks penanda aras itu dibuka mengukuh 4.6 mata kepada 1,611.78 dan bergerak antara 1,609.02 hingga 1,617.15 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran kekal positif apabila 779 kaunter mencatatkan kenaikan berbanding 369 kaunter rugi, manakala 496 tidak berubah, 1,028 tidak diniagakan dan 31 digantung dagangan. Bagaimanapun, jumlah dagangan berkurangan kepada 3.68 bilion unit bernilai RM2.55 bilion berbanding 3.81 bilion unit bernilai RM3.03 bilion pada Jumaat.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pasaran serantau meneruskan aliran meningkat berikutan keyakinan pelabur terhadap kemungkinan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin reda.

Beliau berkata, kenyataan Presiden AS, Donald Trump yang yakin dapat mencapai perjanjian perdagangan adil dengan Presiden China, Xi Jinping turut menyokong sentimen pasaran.

"Pasaran tempatan menjejaki momentum serantau, dengan aktiviti dagangan menunjukkan pelabur mula kembali selepas tempoh pengambilan untung. Sentimen keseluruhan semakin positif dengan indeks utama kekal stabil melepasi paras 1,600. Kami menjangka FBM KLCI diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,630 minggu ini," katanya kepada Bernama.

Bagi kaunter wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing naik satu sen kepada RM9.90 dan RM7.35, Public Bank meningkat tujuh sen kepada RM4.27, Tenaga Nasional menambah 14 sen kepada RM13.24, manakala IHH Healthcare kekal pada RM8.30.

Kaunter aktif pula menyaksikan Tanco dan Velesto naik satu sen masing-masing kepada 87 sen dan 26 sen, EA Holdings dan TWL kekal pada setengah sen dan 2.5 sen, manakala HHRG susut setengah sen kepada tujuh sen.

Saham paling untung termasuk Nestle yang melonjak RM4.50 kepada RM109.50, Malaysian Pacific Industries meningkat 92 sen kepada RM29.84, Petronas Dagangan naik 32 sen kepada RM22.54, dan KSL menambah 28 sen kepada RM3.11.

Antara kaunter rugi pula ialah Dutch Lady yang susut 38 sen kepada RM26.18, Malayan Cement berkurangan 13 sen kepada RM6.57, Binastra turun 10 sen kepada RM2.22, manakala Cyberjaya Education merosot 8.5 sen kepada 78 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 77.79 mata kepada 12,082.70, FBMT 100 naik 71.37 mata kepada 11,813.39, FBM Emas Shariah melonjak 100.18 mata kepada 12,157.45, FBM 70 meningkat 106.99 mata kepada 17,114.93, manakala FBM ACE naik 32.54 mata kepada 5,311.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 61.04 mata kepada 18,253.48, Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.33 mata kepada 171.38, Indeks Tenaga menambah 3.35 mata kepada 792.28, manakala Indeks Perladangan meningkat 41.21 mata kepada 7,902.07.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 1.68 bilion unit bernilai RM2.21 bilion berbanding 2.24 bilion unit bernilai RM2.69 bilion sebelum ini. Dagangan waran pula naik kepada 1.58 bilion unit bernilai RM189.80 juta, manakala Pasaran ACE berkurangan kepada 425.07 juta unit bernilai RM145.50 juta.

Sektor pengguna menyumbang 376.41 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, diikuti sektor perindustrian (354.02 juta), pembinaan (93.25 juta), teknologi (290.65 juta), perkhidmatan kewangan (53.10 juta), hartanah (219.92 juta), perladangan (25.36 juta), tenaga (110.08 juta), penjagaan kesihatan (80.53 juta), telekomunikasi dan media (24.1 juta), pengangkutan dan logistik (24.14 juta), utiliti (22.46 juta), serta amanah perniagaan (29,500).

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.830
CYBERE 1.200
EAH 0.005
FBMACE 4400.030
FBMEMAS 12527.360
FBMKLCI 1718.060
FBMSHA 12206.800
HHRG 0.065
HHRG-WA 0.005
IHH 8.900
MCEMENT 7.940
MPI 30.100
NESTLE 105.800
PBBANK 4.870
PETDAG 22.180
TENAGA 14.200

Comments

Login to comment.