Bursa Malaysia mula dagangan 2026 lebih rendah susulan sentimen berhati-hati

BeritaHarian Fri, Jan 02, 2026 10:45am - 2 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan urus niaga 2026 dengan prestasi lebih rendah, menjejaki kesuraman Wall Street selain sentimen berhati-hati pelabur berikutan ketiadaan pemangkin baharu.

Pada jam 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.69 mata atau 0.70 peratus kepada 1,668.42 berbanding 1,680.11 pada penutupan Rabu, selepas dibuka turun 4.91 mata pada paras 1,675.20. Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti Tahun Baharu.

Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 165 berbanding 75, manakala 237 kaunter tidak berubah, 2,179 tidak diniagakan dan 18 digantung dagangannya. Jumlah dagangan mencecah 64.99 juta saham bernilai RM35.60 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup lebih rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung menjelang akhir tahun. Di peringkat domestik, katanya, FBM KLCI masih berpotensi mendapat manfaat daripada sokongan belian institusi tempatan berdasarkan trend terkini, walaupun pasaran mencatat aliran keluar bersih pelabur asing.

Menurut beliau, pasaran saham tempatan berada pada kedudukan baik untuk mencatat kenaikan selanjutnya berikutan imbangan semula dana asing yang masih berterusan, dengan jangkaan indeks bergerak dalam julat 1,675 hingga 1,690 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM10.42, CIMB turun 15 sen kepada RM8.10, Public Bank merosot tujuh sen kepada RM4.47, Tenaga Nasional kehilangan empat sen kepada RM13.68 dan IHH Healthcare turun 10 sen kepada RM8.65.

Saham paling aktif menyaksikan TWL, Velesto, Reservoir Link dan Bina Puri tidak berubah masing-masing pada 2.5 sen, 27.5 sen, 21 sen dan 29.5 sen, manakala Mega Fortis naik setengah sen kepada 89.5 sen.

Kaunter untung didahului oleh Dutch Lady yang meningkat 30 sen kepada RM31.30, United Plantations menambah enam sen kepada RM30.12, CJ Century naik 3.5 sen kepada 19 sen, Hap Seng menokok tiga sen kepada RM2.20 dan BM Greentech meningkat dua sen kepada RM1.47.

Sebaliknya, MPI mencatat penurunan tertinggi dengan susut 38 sen kepada RM31.86, diikuti SD Guthrie turun 10 sen kepada RM5.63, Atlan Holdings kehilangan lapan sen kepada RM2.93 dan Sime Darby berkurangan tujuh sen kepada RM2.08.

Prestasi indeks lain turut lemah apabila Indeks FBM Emas susut 63.43 mata kepada 12,240.24, FBM Top 100 kehilangan 70.32 mata kepada 12,037.09 dan FBM Emas Shariah turun 41.36 mata kepada 12,054.93. Indeks FBM Mid 70 merosot 34.86 mata kepada 16,768.54 manakala Indeks FBM ACE menguncup 0.24 mata kepada 4,872.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 149.98 mata kepada 19,553.37, Indeks Tenaga susut 0.42 mata kepada 766.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.15 mata kepada 173.47 manakala Indeks Perladangan berkurangan 35.31 mata kepada 8,289.58.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

ATLAN 2.640
BMGREEN 1.300
BMGREEN-WA 0.105
BURSA 8.830
FBM70 17103.330
FBMACE 4400.030
FBMEMAS 12527.360
FBMKLCI 1718.060
FBMSHA 12206.800
FBMT100 12367.410
IHH 8.900
PBBANK 4.870
SDG 5.600
SIME 2.460
TENAGA 14.200
UTDPLT 30.280

Comments

Login to comment.