Bursa Malaysia jatuh selepas meningkat tiga hari berturut-turut

BeritaHarian Thu, Sep 11, 2025 11:25am - 5 months View Original


Sentimen pasaran dilihat mendatar, dengan 119 kaunter untung dan 117 kaunter rugi - Foto AFP
Sentimen pasaran dilihat mendatar, dengan 119 kaunter untung dan 117 kaunter rugi - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut seiring sentimen berhati-hati pelabur menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) bagi Ogos lewat hari ini.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 9.61 mata kepada 1,581.14 daripada 1,590.75 ketika ditutup pada Rabu, selepas dibuka 7.92 mata lebih rendah pada 1,582.83.

Sentimen pasaran dilihat mendatar, dengan 119 kaunter untung dan 117 kaunter rugi, manakala 209 kaunter tidak berubah, 2,177 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 68.44 juta saham bernilai RM47.47 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata prestasi Wall Street bercampur-campur semalaman, dengan tiga indeks utama menyusut semula susulan para pelabur menunggu laporan data IHP.

Beliau berkata Indeks Harga Pengeluar (PPI) merosot sedikit pada Ogos, manakala hasil Perbendaharaan 10 tahun AS turun sedikit kepada 4.045 peratus.

"Selain itu, peniaga berharap kemungkinan penurunan kadar oleh China memandangkan data IHP terkininya yang lemah," katanya.

Di peringkat tempatan, Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup melepasi paras 1,590 semalam, paras tertinggi dalam tempoh dua minggu.

"Kami percaya dana asing mula memasuki pasaran ekuiti tempatan secara beransur-ansur, dan ini menunjukkan satu petanda yang positif. Indeks juga dijangkakan bergerak dalam julat 1,590 hingga 1,600 hari ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM9.73, Public Bank turun empat sen kepada RM4.23, CelcomDigi susut dua sen kepada RM3.64, manakala Petronas Gas dan Press Metal masing-masing turun empat sen kepada RM18.50 dan RM5.58.

Saham paling aktif, VS Industry menambah satu sen kepada 55 sen, manakala TWL dan NexG masing-masing kekal pada tiga sen dan 49 sen. PA Resources turun setengah sen kepada 15.5 sen.

Nestle muncul kaunter paling rugi, susut 50 sen kepada RM95.00. Petronas Dagangan turun 14 sen kepada RM21.86, manakala PIE Industrial dan Panasonic masing-masing susut enam sen kepada RM2.86 dan RM8.45.

Bagi indeks-indeks utama, Indeks FBM Emas Syariah menambah 3.12 mata kepada 11,773.04, manakala Indeks FBM 70 naik 25.86 mata kepada 16,449.19.

Bagaimanapun, Indeks FBM Emas susut 38.32 mata kepada 11,748.13, Indeks FBMT 100 turun 40.20 mata kepada 11,511.26, dan Indeks FBM ACE merosot 11.68 mata kepada 4,716.42.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.43 mata kepada 163.65, Indeks Perladangan susut 3.44 mata kepada 7,678.69, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 168.78 mata kepada 17,923.37.

Sementara itu, Indeks Tenaga naik 4.06 mata kepada 744.12.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.830
CDB 3.220
FBMACE 4400.030
FBMEMAS 12527.360
FBMKLCI 1718.060
NESTLE 105.800
NEXG 0.290
NEXG-WB 0.120
PA 0.145
PBBANK 4.870
PETDAG 22.180
PETGAS 18.140
PIE 1.300
VS 0.310
VS-WC 0.005

Comments

Login to comment.