Bursa Malaysia dibuka tinggi disokong sentimen kadar faedah AS

BeritaHarian Mon, Dec 01, 2025 11:29am - 3 months View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street susulan keyakinan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) bakal menurunkan kadar faedah pada Disember, dengan jangkaan penurunan tambahan sebanyak 25 mata asas.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.40 mata atau 0.65 peratus kepada 1,614.87 berbanding 1,604.47 ketika ditutup pada Jumaat. Indeks itu dibuka mengukuh 3.79 mata kepada 1,608.26.

-Advertisement-

Pasaran keseluruhan turut positif dengan 190 kaunter untung mengatasi 166 kaunter rugi, manakala 293 kaunter tidak berubah, 2,040 tidak diniagakan dan 10 digantung dagangan. Jumlah dagangan direkodkan pada 99.44 juta saham bernilai RM74.07 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat meningkat kepada 4.017 peratus. Di Hong Kong, Indeks Hang Seng pula menyusut apabila pelabur mencari pemangkin baharu selepas mengambil kira jangkaan penurunan kadar faedah dalam harga pasaran.

Selepas ditutup di bawah paras 1,605 pada Jumaat, Thong menjangka bursa tempatan kembali stabil susulan keputusan pilihan raya pada Sabtu, dan meramalkan indeks bergerak dalam jajaran 1,605 hingga 1,615 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing meningkat lapan sen kepada RM13.26 dan RM8.34. CIMB naik 21 sen kepada RM7.86, Maybank menambah empat sen kepada RM9.95, manakala Public Bank kekal pada RM4.35.

Bagi saham paling aktif, Foodie Media dan Tanco masing-masing naik satu sen kepada 41 sen dan RM1.14, UEM Edgenta meningkat 18 sen kepada RM1.05, Supermax merosot 1.5 sen kepada 35.5 sen, manakala Reservoir kekal pada 20.5 sen.

Saham paling untung termasuk BLD Plantation yang melonjak 70 sen kepada RM16.50, Hong Leong Industries naik 26 sen kepada RM15.26 dan Hong Leong Bank menambah 24 sen kepada RM21.38.

Sementara itu, saham paling rugi melibatkan Inari Amertron dan Kuala Lumpur Kepong yang masing-masing susut 12 sen kepada RM2.07 dan RM20.08. Ibraco turun tujuh sen kepada RM1.25, manakala Unisem dan Malayan Cement berkurang enam sen kepada RM3.18 dan RM6.65.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 55.44 mata kepada 11,971.41, Indeks FBM Emas Shariah naik 26.26 mata kepada 11,877.16, Indeks FBMT 100 menambah 56.06 mata kepada 11,757.03 dan Indeks FBM ACE meningkat 17.66 mata kepada 4,842.28. Namun, Indeks FBM Mid 70 susut 5.19 mata kepada 16,850.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 161.33 mata kepada 18,737.28, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.63 mata kepada 164.66, dan Indeks Tenaga menokok 2.67 mata kepada 750.45. Indeks Perladangan pula susut 4.29 mata kepada 8,067.83.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.830
EDGENTA 1.060
FBM70 17103.330
FBMACE 4400.030
FBMEMAS 12527.360
FBMKLCI 1718.060
FBMSHA 12206.800
FOODIE 0.375
HLBANK 22.820
HLIND 17.180
IBRACO 1.200
IHH 8.900
INARI 1.320
KLK 19.360
MCEMENT 7.940
PBBANK 4.870
TENAGA 14.200
UNISEM 2.810

Comments

Login to comment.